INTERNATIONAL
Perang dagang dan tarif jejas orde ekonomi dunia - Xi Jinping

Xi Jinping berkata perang dagang dan tarif menjejaskan hak serta kepentingan sah semua negara. - Gambar/ Reuters
BEIJING: Presiden China Xi Jinping berkata pada Rabu perang dagang dan tarif menjejaskan hak serta kepentingan sah semua negara, merosakkan sistem perdagangan pelbagai hala dan menjejaskan orde ekonomi dunia, lapor Xinhua.
Dalam pertemuannya dengan Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev yang sedang melawat China, Xi berkata Beijing bersedia bekerjasama dengan Baku untuk mempertahankan sistem antarabangsa berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan orde antarabangsa berasaskan undang-undang antarabangsa, melindungi hak dan kepentingan sah masing-masing serta menegakkan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa.
--BERNAMA-XINHUA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami