awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perang Palestin-Israel: Hamas selar media barat, nafi sasar kanak-kanak

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2023
09:27 MYT
Perang Palestin-Israel: Hamas selar media barat, nafi sasar kanak-kanak
Seorang lelaki Palestin membawa seorang kanak-kanak yang cedera ke hospital Shifa di Kota Gaza, Selasa, 10 Okt 2023. -AP
GAZA: Kumpulan pejuang Hamas menafikan dakwaan media barat bahawa ia "menyasarkan kanak-kanak" dalam perang menentang Israel.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, ia menyeru media barat agar memberikan laporan tepat dan "tidak membuta tuli mengikut naratif Zionis yang penuh dengan pembohongan dan fitnah".
Dalam satu kenyataan, ia berkata kumpulannya dan Briged Al-Qassam hanya menyasarkan "sistem ketenteraan dan keselamatan Zionis".
“Kami secara mutlak mengesahkan kepalsuan dakwaan rekaan yang dipromosikan oleh beberapa media Barat, yang secara tidak profesional melaporkan naratif Zionis yang penuh dengan pembohongan dan fitnah terhadap rakyat Palestin dan penentangan mereka, yang terbaharu di mana dakwaan membunuh kanak-kanak, memenggal kepala mereka, dan menyasarkan orang awam,” tulis kenyataan itu.
Lebih 1,200 orang terbunuh di Israel sejak Sabtu manakala lebih 3,000 dilaporkan cedera.
Serangan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kematian lebih 950 orang, manakala lebih 5,000 lagi cedera.
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Hamas
#Gaza
#sasar kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan