awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perang Palestin-Israel: Lebih 2,000 kematian setakat hari keempat

Agensi
Agensi
11/10/2023
06:15 MYT
Perang Palestin-Israel: Lebih 2,000 kematian setakat hari keempat
Kementerian Kesihatan Palestin berkata kira-kira 950 orang terbunuh, manakala 5,000 lagi cedera dalam serangan ke atas Gaza - Foto fail/REUTERS
GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin hari ini memaklumkan angka kematian di Gaza meningkat hampir 1,000 dalam serangan yang memasuki hari keempat.
Memetik laporan CNN, kementerian itu berkata kira-kira 950 orang terbunuh, manakala 5,000 lagi cedera dalam serangan ke atas Gaza.
Sementara itu, Angkatan Pertahanan Israel berkata sekurang-kurangnya 1,200 orang maut di Israel, sejak Sabtu lalu. .
Menteri pertahanan Israel, Yoav Gallant pada Isnin mengarahkan "sekatan sepenuhnya" ke atas Gaza, dan akan menghentikan bekalan elektrik, makanan, air serta bahan api ke kawasan itu.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres semalam turut berkata, beliau 'sangat tertekan' dengan pengumuman Israel mengenai pengepungan sepenuhnya ke atas Gaza.
Setakat ini, lebih 180,000 penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal dengan orang ramai terpaksa melarikan diri di jalan atau sekolah.
Serangan Israel sejak Sabtu lalu telah memusnahkan lebih 22,600 rumah, 10 kemudahan kesihatan, serta empat buah sekolah.
Topic Berkaitan
#Serangan ke atas Palestin
#Isu Palestin-Israel
#Angka korban serangan ke atas Gaza
#Yoav Gallant
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan