awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS percaya Rusia akan lakukan muslihat serang Ukraine

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2022
02:58 MYT
AS percaya Rusia akan lakukan muslihat serang Ukraine
Antony Blinken bercakap di Majlis Keselamatan PBB, 17 Feb 2022. Turut kelihatan, Duta AS Linda Thomas-Greenfield. (Foto AP)
AMERIKA Syarikat (AS) mendakwa pelbagai muslihat akan dilakukan Rusia bagi mewajarkan pencerobohan ke atas Ukraine.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Negara AS Antony Blinken kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, pada Khamis.
Beliau berkata, serangan mungkin dilakukan menggunakan peluru berpandu dan bom, atau serangan siber, diikuti dengan tentera Rusia yang mara ke "sasaran utama yang telah dikenal pasti."
"Rusia merancang untuk mereka cipta alasan untuk serangannya.
"Ia boleh menjadi satu insiden keganasan yang dipersalahkan Rusia ke atas Ukraine, atau satu tuduhan keterlaluan yang Rusia akan lemparkan terhadap kerajaan Ukraine.
"Kita tidak tahu dengan pasti apa bentuk tindakan yang akan diambil. Ia boleh jadi satu pengeboman pengganas yang dibuat-buat di Rusia.
"Atau kononnya satu penemuan kubur besar-besaran, atau serangan dron yang sengaja diadakan terhadap orang awam atau satu serangan palsu, malah mungkin juga benar, menggunakan senjata kimia.
Rusia - Ukraine | AS percaya Rusia akan lakukan muslihat serang Ukraine
"Orang Rusia menyifatkan peristiwa ini sebagai pembersihan etnik. Atau pembunuhan beramai-ramai. Mereka mempermain-mainkan konsep yang kita di sini anggap serius," kata Blinken.
Beliau bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan tersebut.
Sasaran yang dimaksudkan Rusia termasuk terhadap Kyiv dengan hampir tiga juta penduduknya.
Topic Berkaitan
#Antony Blinken
#Amerika Syarikat
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan