Skip to main content

Dunia

Perdagangan Rusia-India dijangka cecah AS$70 bilion pada 2026 - Duta India

 India & Rusia Flag
Menjelang 2030, nilai dagangan antara Moscow dan Delhi diunjurkan meningkat kepada AS$100 bilion.
Advertisement

MOSCOW: Jumlah dagangan antara Rusia dan India dijangka mencecah AS$70 bilion pada tahun 2026, menurut Duta India ke Rusia Vinay Kumar pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Kedinamikan dan trend perdagangan yang kami lihat dalam tempoh dua hingga tiga bulan kebelakangan ini menunjukkan bahawa kami akan mencapai hampir AS$70 bilion pada 2026," kata Kumar kepada pemberita di Pameran Industri Antarabangsa Innoprom-2026.

Menjelang 2030, nilai dagangan antara Moscow dan Delhi diunjurkan meningkat kepada AS$100 bilion, katanya lagi.

Sektor utama bagi kerjasama perdagangan antara kedua-dua negara melibatkan mineral dan logam kritikal, teknologi tinggi, pertanian, serta sektor angkasa lepas, katanya.

"Institusi pendidikan terkemuka India juga sedang berusaha untuk memperkembang kerjasama dengan organisasi Rusia dalam bidang teknologi tinggi," kata Kumar.

Pameran Innoprom-2026 berlangsung di Yekaterinburg dari 6 hingga 9 Julai. Indonesia bertindak sebagai negara rakan pameran itu pada tahun ini. Secara keseluruhan, wakil dari 66 negara menyertai acara itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video

Advertisement