awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Palestin gesa PBB bertindak hentikan genosid di Gaza

Bernama
Bernama
07/11/2024
21:00 MYT
Perdana Menteri Palestin gesa PBB bertindak hentikan genosid di Gaza
Mustafa turut menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat Palestin terhadap ketidakupayaan antarabangsa untuk menghentikan serangan Israel. - Gambar fail REUTERS
RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan peranan yang berkesan dalam menghentikan jenayah pendudukan di Semenanjung Gaza, terutama dengan meluasnya gelombang kebuluran dan hukuman kolektif terhadap dua juta rakyat Palestin.
Menurut laporan Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), dalam pertemuan Mustafa dengan Ketua Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan dan Pembinaan Semula di Gaza, Sigrid Kaag dan disertai Menteri Negara untuk Hal Ehwal Bantuan, Basil Nasser, di pejabatnya di Ramallah, Mustafa menyeru pihak antarabangsa memberikan tekanan yang lebih agar Israel bertanggungjawab atas jenayahnya.
Beliau turut menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat Palestin terhadap ketidakupayaan antarabangsa untuk menghentikan serangan Israel, dan bahawa kenyataan serta kecaman sahaja tidak mencukupi untuk menangani genosid dan jenayah pembersihan etnik di Semenanjung Gaza.
Beliau juga menekankan mengenai peningkatan serangan oleh tentera pendudukan dan peneroka di bandar, kampung, pekan dan kem di Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis, harus dihadapi dengan pendirian antarabangsa yang tegas selain menggagalkan rancangan perampasan tanah dan pengusiran penduduk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa
#genosid
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan