awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Palestin Salaam Fayyad letak jawatan

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2013
22:45 MYT
Perdana Menteri Palestin Salaam Fayyad letak jawatan
Perdana Menteri Palestin, Salaam Fayyad meletak jawatan selepas Presiden Mahmoud Abbas menerima perletakan jawatan pemimpin yang dilihat sederhana dan dihormati oleh pelbagai lapisan rakyat Palestin.
Abbas turut mengucapkan terima kasih kepada Fayyad di atas khidmat beliau.
Dalam satu kenyataan, Abbas meminta Fayyad terus bertugas sebagai Perdana Menteri sehingga kerajaan baru dibentuk.
Calon Perdana Menteri baru dijangka diumum dalam masa beberapa hari lagi.
Perletakan jawatan Fayyad dijangka memberi kesan kepada pentadbiran Abbas memandangkan beliau sangat dihormati pada peringkat antarabangsa.
Beliau juga memainkan peranan penting dalam usaha Washington memulihkan semula rundingan menamatkan konflik Israel-Palestin.
Perletakan jawatan itu dikaitkan dengan hubungan beliau dengan Abbas yang tegang disebabkan isu bidang kuasa Perdana Menteri yang luas.
Ketegangan itu sampai ke kemuncak bulan lalu susulan perletakan jawatan Menteri Kewangan, Nabil Kassis.
Fayyad menerima perletakan jawatan Kassis tetapi Abbas campur tangan dan mencabar bidang kuasa Perdana Menteri melantik dan memecat menteri kabinet.
Fayyad yang dilantik Perdana Menteri Palestin pada 2007 sebelum ini sudah berulang kali mahu meletak jawatan tetapi ditahan Abbas yang mahu beliau terus berkhidmat.
Topic Berkaitan
#fatah
#Mahmoud Abbas
#Palestin
#pecat
#Salam Fayyad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan