awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pereka fesyen terkemuka, Nino Cerruti meninggal dunia

Agensi
Agensi
16/01/2022
07:13 MYT
Pereka fesyen terkemuka, Nino Cerruti meninggal dunia
Agensi berita antarabangsa melaporkan, figura fesyen itu meninggal dunia di sebuah hospital di Piedmont selepas dimasukkan bagi menjalani pembedahan pinggul. - Foto AP
PEREKA dan usahawan fesyen terkemuka Itali, Nino Cerruti dilaporkan meninggal dunia pada usia 91 tahun.
Agensi berita antarabangsa melaporkan, figura fesyen itu meninggal dunia di sebuah hospital di Piedmont, Itali selepas dimasukkan bagi menjalani pembedahan pinggul.
Sering mengenakan pakaian yang direkanya sendiri, Cerruti menyimpan banyak koleksinya di sebuah gudang milik datuknya yang diasaskan pada 1881.
Berpengalaman menghasilkan fabrik berkualiti digudang tekstil keluarganya, Cerruti menjejakkan kaki dalam perniagaan pakaian pada penghujung 1950an.
Beliau membuka butik pertamanya di Paris pada tahun 1967.
Pada tahun 1980an, beliau meluaskan empayarnya ke Hollywood dengan menghasilkan rekaan buat selebriti terkemuka termasuk Jack Nicholson, Michael Douglas, Sharon Stone, Julia Roberts dan Tom Hanks.
Topic Berkaitan
#Nino Cerruti
#pereka fesyen
#usahawan fesyen
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan