awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
AMD sahkan Steam Machine akan mula dihantar awal tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergaduhan 2 konduktor punca insiden tren meletup di Mesir

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2019
00:30 MYT
Pergaduhan 2 konduktor punca insiden tren meletup di Mesir
Pergaduhan di antara dua konduktor kereta api dipercayai punca sebuah lokomotif menghentam penghadang dan meletup di Kaherah. -Gambar Reuters
Pergaduhan di antara dua konduktor kereta api dipercayai punca sebuah lokomotif menghentam penghadang dan meletup di stesen kereta api utama Mesir di sini.
Dalam insiden pada Rabu itu, konduktor lokomotif berkenaan didakwa meninggalkan tren untuk bergaduh dengan konduktor sebuah tren yang menghalang laluannya, menurut laporan Time.com.
Namun konduktor lokomotif itu keluar tanpa memasang brek menyebabkan trennya bergerak laju dan menghentam penghadang lalu meletup.
“Pemandu itu meninggalkan tren tanpa mengambil sebarang langkah untuk memasang brek,” kata Ketua Pendakwaraya Mesir, Nabil Sadek.
Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan lebih 47 yang lain cedera dalam kejadian kebakaran di stesen kereta api utama itu. Angka kematian dijangka meningkat.
Susulan kejadian, enam individu ditahan selama empat hari iaitu pemandu tren, pembantunya, seorang lagi pemandu tren serta tiga pekerja kereta api bagi membantu siasatan, menurut kenyataan pihak pendakwaraya.
Topic Berkaitan
#kereta api terbakar
#konduktor lokomotif
#Mesir
#tren meletup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan