NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Selasa menerima pakai resolusi untuk menetapkan 15 Mac sebagai Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia.
Resolusi itu, diperkenalkan Pakistan bagi pihak Pertubuhan Kerjasama Islam, menyeru usaha antarabangsa untuk mempromosi budaya toleransi dan keamanan di semua peringkat, dengan menghormati hak asasi manusia, kepelbagaian agama dan kepercayaan, lapor Xinhua.
Di samping itu resolusi berkenaan turut mengecam keras semua tindakan keganasan terhadap umat manusia sama ada berdasarkan agama atau kepercayaan dan tempat ibadat yang melanggar undang-undang antarabangsa.
Semua negara anggota, agensi PBB, organisasi antarabangsa dan serantau yang lain, masyarakat awam, sektor swasta dan pertubuhan agama diseru menganjur dan menyokong apa juga usaha di pelbagai peringkat, bertujuan meningkatkan kesedaran secara berkesan bagi mengekang Islamofobia, dan meraikan Hari Antarabangsa dengan cara yang sesuai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022

Di samping itu resolusi berkenaan turut mengecam keras semua tindakan keganasan terhadap umat manusia sama ada berdasarkan agama atau kepercayaan. - Gambar hiasan/BERNAMA

Festival Muzik | Seorang maut selepas pentas roboh akibat angin
Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera ketika menghadiri festival muzik di timur Sepanyol pada awal pagi Sabtu. Menurut pihak berkuasa, sebahagian daripada pentas roboh akibat angin kencang.

Peluang Pekerjaan | Bawa kerja kosong ke kawasan B40
Difahamkan, kira-kira 70 kekosongan jawatan ditawarkan dan semuanya dalam bidang hospitaliti. Malah lokasinya bukan hanya dekat Lembah Klang sahaja tetapi di Pulau Pinang serta Johor.

Pertandingan | Lebih 200 beruk bersaing petik kelapa
Bukan sahaja manusia yang menyertai pertandingan, sebaliknya binatang juga turut terlibat dalam mencari jaguh. Di Pasir Puteh, Kelantan, berlangsungnya pertandingan memetik kelapa bagi memilih beruk yang paling pantas.

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - Polis
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Ogos 2022.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perhimpunan Agung PBB tetapkan 15 Mac sebagai Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia
Resolusi itu, diperkenalkan Pakistan bagi pihak Pertubuhan Kerjasama Islam, menyeru usaha antarabangsa untuk mempromosi budaya toleransi dan keamanan di semua peringkat.