awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
Perarakan Tanglung kembali ke Labuan selepas berehat lebih sedekad, tarik ribuan pengunjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah berkurung di Perth sukar, penduduk terpaksa cari tempat berlindung akibat kebakaran

Agensi
Agensi
03/02/2021
10:13 MYT
Perintah berkurung di Perth sukar, penduduk terpaksa cari tempat berlindung akibat kebakaran
Sekitar 71 kediaman musnah sepenuhnya akibat kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berikutan faktor angin kencang. - AP
KUALA LUMPUR :Sebahagian penduduk di Perth, Australia terpaksa mengetepikan arahan perintah berkurung di negara itu apabila situasi kebakaran hutan yang semakin merebak memaksa mereka untuk mencari kawasan perlindungan.
Difahamkan, sekitar 71 kediaman dilaporkan musnah sepenuhnya akibat kejadian tersebut yang berlaku di bandar keempat terbesar di negara itu.
Bencana kebakaran yang berada di luar kawalan turut menyaksikan enam anggota bomba mengalami kecederaan termasuk seorang melecur dalam operasi pemadaman kebakaran.
Arahan perintah berkurung melibatkan seramai dua juta penduduk di bandar itu yang mula dikuatkuasakan bermula Ahad lalu.
Keadaan yang semakin genting menyebabkan beberapa amaran kecemasan dikeluarkan pihak berkuasa susulan jangkaan yang bertambah buruk apabila angin semakin bertiup kencang menyebabkan api merebak pantas.
Menurut Ketua Menteri Australia Barat, Mark McGowan berkata, apa yang berlaku ketika ini merupakan satu perkara yang belum pernah terjadi sebelum ini.
“Perkara seperti ini belum pernah berlaku semuanya dalam satu masa yang sama apabila kebakaran buruk berlaku sewaktu tempoh berkurung,” katanya.
Setakat ini, tiada sebarang penambahan kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara itu namun angka kemusnahan rumah dijangka terus meningkat ekoran kebakaran yang sedang berlaku.
Orang ramai mula bertindak untuk mencari kawasan perlindungan sejak Isnin lalu dan sebahagian besar mereka menempatkan diri di pusat pemindahan.
Topic Berkaitan
#Perth
#Australia
#COVID-19
#kebakaran hutan
#bencana kebakaran
#perintah berkurung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan