awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjalanan terakhir bekas presiden India Pranab Mukherjee diberi penghormatan ketenteraan

Bernama
Bernama
02/09/2020
03:25 MYT
Perjalanan terakhir bekas presiden India Pranab Mukherjee diberi penghormatan ketenteraan
Anggota tentera India berjalan di hadapan potret Pranab Mukhrejee ketika istiadat penghormatan untuk bekas presiden itu di New Delhi, India, 1 Sept, 2020. (Foto AP)
Perjalanan terakhir bekas presiden India Pranab Mukherjee diiringi dengan istiadat ketenteraan sebagai tanda penghormatan dan berlangsung di New Delhi pada Selasa.
"Istiadat itu dilakukan dengan penuh penghormatan di krematorium Lodhi Road," lapor agensi berita Xinhua memetik seorang pegawai.
Bekas presiden berusia 84 tahun itu koma selepas menjalani pembedahan otak pada bulan lalu. Mendiang juga diuji positif COVID-19 dan meninggal dunia pada Isnin.
Turut hadir memberikan penghormatan terakhir antaranya Presiden India Ram Nath Kovind, Perdana Menteri Narendra Modi, Naib Presiden M. Venkaiah Naidu, Menteri Pertahanan Rajnath Singh, bekas perdana menteri Manmohan Singh dan beberapa ahli politik serta kenamaan yang lain.
"Penghormatan diberikan kepada Pranab Mukherjee. Beliau akan dikenang atas usahanya membawa kemajuan kepada India," tulis Modi di Twitter.
Kerajaan turut mengisytiharkan India berkabung selama tujuh hari.
Mukherjee berkhidmat sebagai presiden ke-13 India dari 2012-2017 dan pernah dianugerahkan "Bharat Ratna", penghargaan tertinggi dalam perkhidmatan awam negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekas Presiden
#berkabung
#COVID-19
#India
#istiadat ketenteraan
#koma
#krematorium
#meninggal dunia
#New Delhi
#Pembedahan
#penghormatan terakhir
#Pranab Mukherjee
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan