awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung sampai mati
Dewan Perwakilan AS luluskan RUU lanjutkan subsidi penjagaan kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian gencatan senjata Thailand-Kemboja di Malaysia 'langkah penting ke hadapan' - Rubio

Bernama
Bernama
08/08/2025
11:13 MYT
Perjanjian gencatan senjata Thailand-Kemboja di Malaysia 'langkah penting ke hadapan' - Rubio
Rubio menyatakan AS "terus berterima kasih kepada PM atas kepimpinan beliau dan kerana menjadi tuan rumah proses gencatan senjata, hasil langsung daripada kesediaan beliau untuk bersama menganjurkan Mesyuarat Khas dengan AS. - Gambar fail
AMERIKA Syarikat (AS) menyifatkan Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) yang berakhir di Kuala Lumpur pada Khamis (7 Ogos) sebagai langkah penting ke hadapan dalam memantapkan perjanjian gencatan senjata dan mewujudkan mekanisme pemerhatian ASEAN.
"Presiden Trump dan saya menjangkakan Kerajaan Kemboja dan Thailand mematuhi sepenuhnya komitmen mereka untuk menamatkan konflik ini," kata Setiausaha Negara AS Marco Rubio dalam kenyataan yang disiarkan di laman sesawang Jabatan Negara AS pada Khamis.
Rubio menyatakan AS "terus berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepimpinan beliau dan kerana menjadi tuan rumah proses gencatan senjata, hasil langsung daripada kesediaan beliau untuk bersama menganjurkan Mesyuarat Khas pada 28 Julai dengan Amerika Syarikat bagi menangani konflik berkenaan."
Mesyuarat GBC berprofil tinggi itu diadakan antara Kemboja dan Thailand bagi menyelesaikan pertikaian sempadan serta memperkukuh gencatan senjata 28 Julai yang diusahakan oleh Malaysia selaku pengerusi semasa ASEAN.
Kedua-dua negara yang sebelum ini menikmati hubungan dua hala yang mesra, bertukar menjadi tegang akibat pertikaian wilayah sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum dimuktamadkan, sehingga mencetuskan pertempuran bersenjata pada 24 Julai.
Mereka bersetuju melaksanakan gencatan senjata pada tengah malam 28 Julai selepas menerima tekanan daripada ASEAN dan kerajaan antarabangsa.
Malaysia memainkan peranan penting membawa kedua-dua pihak bertelagah itu ke meja rundingan damai.
"Kami akan terus menyokong Malaysia, ASEAN dan kedua-dua negara apabila proses ini bergerak ke hadapan," kata Rubio.
Kemboja dan Thailand bersetuju menamatkan situasi tegang semasa Mesyuarat GBC dan bergerak ke arah rundingan diplomatik bagi meredakan ketegangan antara mereka.
Pertikaian itu telah menjejaskan hubungan dua hala dan memaksa lebih 170,000 penduduk Kemboja meninggalkan kediaman mereka di kawasan sempadan akibat konflik.
Ramai daripada mereka kini menetap di kem sementara dan pagoda.
Dalam sidang media Jabatan Negara AS oleh Timbalan Jurucakap Utama Thomas "Tommy" Pigott di Washington, DC, Amerika Syarikat menyambut baik Mesyuarat GBC di Kuala Lumpur sebagai langkah awal yang membina dalam perjanjian gencatan senjata Kemboja-Thailand.
"Presiden Trump dan Setiausaha Rubio menggesa kedua-dua kerajaan mematuhi sepenuhnya komitmen mereka dan berusaha mencapai keamanan berkekalan.
"Kami memuji Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri) Anwar Ibrahim atas kepimpinan beliau memudah cara proses ini, serta kerana bersama menjadi tuan rumah Mesyuarat Khas penting pada 28 Julai bersama Amerika Syarikat," kata Pigott.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Marco Rubio
#Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan
#konflik Thailand-Kemboja
#Thomas Tommy Pigott
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan