Budaya dan tradisi rakyat melalui permainan adalah signifikan setiap kali diadakan dalam acara tertentu bagi mengimbau nostalgia dan menghargai warisan turun temurun.
Kordinator WeMalaysia Australia Cawangan Queensland, Amirul Hafizan Zainal berkata, sejarah sudah membuktikan permainan rakyat yang diwarisi mampu membentuk kerjasama yang erat dan semangat berpasukan yang tinggi.
"Belia Malaysia di luar negara disyorkan sentiasa meningkatkan pengetahuan sejarah negara agar lebih memahami acuan aspirasi negara sejak zaman berzaman bagi memastikan kedaulatan negara dihormati dan pembangunan negara secara berterusan dicapai.
"Penglibatan pelajar dalam permainan rakyat akan mendorong mereka mengetahui dan mempelajari sejarah negara yang bukan hanya berkaitan kemerdekaan malahan lebih dari itu merasai keunikan Malaysia yang terdiri pelbagai kaum dan boleh bersama mempraktis permainan rakyat," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Khamis.
Amirul berkata demikian selepas penganjuran Kampung Fiesta di The University of Queensland anjuran Kelab UMNO Australia (KUA) dengan kerjasama WeMalaysia cawangan Queensland baru-baru ini.
Dalam acara yang sama, Presiden KUA Brisbane, Athifah Ain Alang Khalidin Alang menyarankan pelajar Malaysia di luar negara untuk sentiasa menghayati sejarah.
"Sejarah adalah permulaan sebuah episod dan riwayat manusia dalam merencanakan kehidupan yang lebih baik untuk mencipta kejayaan yang membanggakan keluarga dan negara.
"Tanpa sejarah, kita tidak mungkin dapat mengecapi kejayaan pada hari ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Pengarah Program Kampung Fiesta, Mohamad Azizul Rahim menjelaskan, peserta bukan sahaja bersaing untuk menang tetapi objektif acara itu memperlihatkan kesungguhan setiap pasukan bekerjasama dalam acara yang dipertandingkan.
"Sekali gus ia menunjukkan pentingnya peranan Penghulu (ketua) dalam menerajui pasukan berlandaskan nilai murni seperti kepercayaan, kesetiaan dan bertolak ansur.
"Penganjuran Kampung Fiesta diangkat daripada idea permainan tradisional seperti baling selipar, larian berhalangan, tarik tali dan banyak lagi.
"Pada tahun ini, sambutan Kampung Fiesta sangat mengalakkan di kalangan pelajar lama dan baru di Queensland," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Koordinator WeMalaysia Wilayah Timur AS Faris Hakim Mazlan berkata, seramai 500 pelajar dan pegawai Kedutaan Malaysia di Wilayah Timur Amerika Syarikat serta Konsulat Jeneral Malaysia telah berkumpul di Pennsylvania State University, Pennsylvania bagi menyertai program East Coast Festival (ECFest) 2017.
"Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Zulhasnan Rafique telah merasmikan program ini.
"Antara aktiviti yang diadakan termasuklah ceramah Transformasi Nasional 2050 (TN50), Malaysia’s Got Talent, debat, futsal, bola jaring dan permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban.
"Program ini dilihat sebagai satu platform yang baik untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan meluaskan kenalan sesama pelajar," jelasnya.
Selain itu katanya, semangat kesukanan yang ditunjukkan peserta-peserta sepanjang program berlangsung mencerminkan semangat kebersamaan dan kekitaan yang tinggi.
"Manakala ceramah TN50 pula dilihat mampu memberi penjelasan kepada pelajar-pelajar mengenai tanggungjawab golongan muda untuk menyumbang buah fikiran kepada masa depan negara.
"Secara tidak langsung ia dilihat dapat menyemai semangat patriotisme di kalangan pelajar-pelajar sendiri," ujarnya.
Seperti beberapa program pelajar sebelum ini, WeMalaysia turut menyumbang kepada penganjuran ECFest 2017 bagi menyokong program-program berfaedah untuk pembangunan minda, fizikal dan intelektual pelajar-pelajar.
Tambahnya, WeMalaysia AS mengharapkan pelajar-pelajar mendapat manfaat dari penganjuran program seumpama ini yang merupakan satu platform baik untuk mengimbangi antara aktiviti akademik dan kokurikulum.
"WeMalaysia juga ingin mengucapkan tahniah kepada Penn State University Malaysian Student Club dan East Coast Presidential Council kerana berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya," jelasnya.
WeMalaysia merupakan sebuah gerakan terbuka yang digerakkan pelajar Malaysia di luar negara. Sehingga kini, WeMalaysia mempunyai cawangan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).
Astro Awani
Thu Apr 13 2017
WeMalaysia: Budaya dan tradisi rakyat melalui permainan adalah signifikan setiap kali diadakan dalam acara tertentu bagi menghargai warisan. - Gambar WeMalaysia
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,
Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.
Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.
Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.
AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.
Hamas dakwa Israel lakukan genosid di Jabalia dengan perlindungan AS
Serangan tidak berperikemanusiaan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih daripada 90 cedera.
Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.
Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kesatuan Afrika dan PBB.
AS rayu keputusan beri pingat gangsa kepada gimnas Romania
Gimnastik AS mengemukakan bukti tambahan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk menyokong kes atlet Jordan Chiles harus mendapat pingat gangsa.
Lelaki ada hubungan dengan Iran rancang pembunuhan ahli politik di AS
Seorang lelaki Pakistan yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Iran didakwa atas tuduhan merancang pembunuhan seorang ahli politik atau pegawai kerajaan di Amerika Syarikat (AS).