awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan ASEAN dibuka hari ini

Bernama
Bernama
03/03/2025
07:45 MYT
Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan ASEAN dibuka hari ini
Operasi di bawah perjanjian AFAFIST merupakan langkah strategik untuk mengukuhkan integrasi ekonomi di rantau ASEAN dan mencerminkan komitmen negara ASEAN bagi mengukuhkan integrasi ekonomi serantau. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Permohonan Permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN bagi pengoperasian di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Kemudahan Pengangkutan Antara Negara (AFAFIST), dibuka bermula hari ini.
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan memaklumkan melalui AFAFIST, pengendali berlesen yang berkelayakan berpeluang menjalankan operasi rentas sempadan melibatkan pergerakan kenderaan barangan merentasi sempadan antara dua negara anggota ASEAN yang bersebelahan.
Kenyataan itu memaklumkan operasi di bawah perjanjian AFAFIST merupakan langkah strategik untuk mengukuhkan integrasi ekonomi di rantau ASEAN dan mencerminkan komitmen negara ASEAN bagi mengukuhkan integrasi ekonomi serantau.
"Dengan memudahkan pergerakan kenderaan barangan, perjanjian ini membantu mengurangkan halangan perdagangan, meningkatkan kecekapan logistik dan perdagangan antara negara ASEAN, seterusnya menjadikan rantau ASEAN lebih kompetitif di peringkat global," menurut kenyataan APAD itu.
Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan (iSPKP) di pautan https://iportal.ispkp.gov.my/.
"Sehubungan itu, APAD ingin menggalakkan pengendali kenderaan barangan yang berkelayakan untuk mengemukakan permohonan rentas sempadan bagi kenderaan barangan agar dapat memperkukuh kelancaran perdagangan dan logistik di antara negara ASEAN," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan maklumat lanjut dan salinan Keperluan Tahap Perkhidmatan Kenderaan Barangan (Peredaran Antarabangsa) (Rentas Sempadan ASEAN) boleh dimuat turun menerusi pautan https://www.apad.gov.my/sumber-maklumat1/garis-panduan/keperluan-tahap-perkhidmatan/499-keperluan-tahap-perkhidmatan-kenderaan-barangan-peredaran-antarabangsa-rentas-sempadan-asean/file.
Garis Panduan Pelesenan (Peredaran Antarabangsa) (Kenderaan Barangan Rentas Sempadan ASEAN) pula boleh dimuat turun menerusi pautan https://www.apad.gov.my/sumber-maklumat1/garis-panduan/garis-panduan-kenderaan-barangan/497-garis-panduan-pelesenan-peredaran-antarabangsa-kenderaan-barangan-rentas-sempadan-asean/file.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#kenderaan barangan
#rentas sempadan
#APAD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan