awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026
Thailand hantar pulang 18 tentera Kemboja - Kementerian Luar
Satelit terbesar dunia dilancar, sambungan 5G terus dari angkasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan G7: EU ganda sumbangan Covax kepada 1b euro

Astro Awani
Astro Awani
20/02/2021
06:00 MYT
Persidangan G7: EU ganda sumbangan Covax kepada 1b euro
Ursula von der Leyen (kanan) dan Presiden Majlis Eropah Charles Michel sebelum menghadiri mesyuarat G7 yang diadakan secara maya di bangunan Majlis Eropah, Brussels, 19 Feb, 2021. (Foto AP)
SURUHANJAYA Eropah merancang untuk menggandakan sumbangan Kesatuan Eropah (EU) dalam inisiatif Covax Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ini menjadikan komitmen 27 negara itu terhadap inisiatif pemberian vaksin kepada negara-negara miskin berjumlah sebanyak 1 bilion euro.
Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen mengemukakan cadangan itu semasa pertemuan pemimpin-pemimpin kuasa ekonomi G7 pada Jumaat.
Beliau menggunakan ucapannya pada Persidangan Keselamatan Munich untuk menekankan tentang kepentingan kerjasama dalam isu perubahan iklim dan Covax, serta mengalu-alukan peranan aktif pentadbiran AS baharu di bawah Presiden Joe Biden.
"Terdahulu, pada mesyuarat G7, kita telah menggandakan sumbangan kepada Covax, dan ia sesuatu yang menggembirakan menyaksikan janji yang dibuat AS," katanya.
Von Der Leyen juga mengumumkan penambahan dana 100 juta Euro untuk menyokong kempen vaksinasi di Afrika, dengan kerjasama Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika.
EU merupakan salah satu penderma utama bagi inisiatif Covax, bertujuan memastikan akses yang adil terhadap suntikan vaksin COVID-19 bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Covax berharap dapat menggunakan sekitar 336 juta dos sebelum akhir Jun 2021 dan sekitar 2 bilion dos sebelum penghujung tahun ini.
Bagaimanapun, program ini telah gagal mencapai tujuan memulakan vaksinasi di negara miskin-negara miskin, sambil pada waktu sama negara-negara kaya melancarkan program vaksinasi mereka.
Persidangan G7 | EU gandakan sumbangan 1 bilion euro untuk COVAX
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Eropah
#COVID-19
#Kesatuan Eropah
#WHO
#AS
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#ekonomi
#EU
#keselamatan
#kesihatan
#G7
#Joe Biden
#program vaksinasi
#vaksin
#COVAX
#negara miskin
#sumbangan
#Ursula von der Leyen
#Persidangan Keselamatan Munich
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan