ATHENS: Wartawan dan penyampai televisyen Britain, Michael Mosley ditemui mati di Pulau Symi, Greece.
Personaliti berusia 67 tahun itu yang menjadi wajah terkenal di TV Britain selama dua dekad ditemui pada pagi Ahad sekali gus, menamatkan pencarian selama empat hari termasuk pesawat, dron dan anjing pengesan.
"Sungguh menyedihkan kehilangan Michael, suami saya yang hebat, lucu, baik dan cemerlang. Kami mempunyai kehidupan yang sangat bertuah bersama. Kami sangat menyayangi satu sama lain," kata isteri Mosley dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Menurut Timbalan Datuk Bandar Pulau Symi, Nikitas Grillis, Mosley hilang sejak Rabu lalu selepas bersiar-siar bersendirian di sepanjang laluan pantai dalam keadaan cuaca panas.
Jurucakap polis, Constantina Dimoglidou sebelum ini mendakwa mayat individu dipercayai Mosley ditemui di kawasan Agia Marina, sementara proses pengecaman mayat berkenaan masih belum selesai.
Menurut Grillis, Datuk Bandar Pulau Symi dan seorang wartawan sedang melakukan sesi penggambaran di kawasan Agia Marina antara yang awal melihat mayat personaliti itu.
Seorang lagi pegawai polis berkata, mayat Mosley ditemui di kawasan berbatu berdekatan dengan laut dan beliau menolak laporan awal yang mendakwa mayat terbabit ditemui di dalam sebuah gua.
Kataya, pihak polis sedang melakukan siasatan di tempat kejadian.
Mosley juga seorang doktor terkenal dengan rancangan "Trust Me, I'm a Doctor" berada di pulau berkenaan bersama isterinya dan kali terakhir dia dilihat masih hidup pada Rabu lalu jam 1.30 petang waktu tempatan.
Operasi mencari dan menyelamat terus dilakukan apabila Mosley dilaporkan hilang selepas bersiar-siar di sepanjang laluan pantai berbatu dari pantai Agios Nikolaos ke Kampung Pedi. - Agensi
Agensi
Sun Jun 09 2024
Wartawan dan penyampai televisyen Britain, Michael Mosley ditemui mati di Pulau Symi, Greece. - Gambar fail AP
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Personaliti TV Britain, Michael Mosley ditemui mati di Pulau Symi
Mosley hilang sejak Rabu lalu selepas bersiar-siar bersendirian di sepanjang laluan pantai dalam keadaan cuaca panas.