awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertempuran Mesir di istana Presiden, satu maut

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2013
00:39 MYT
Pertempuran Mesir di istana Presiden, satu maut
Penunjuk perasaan melempar batu dan bom petrol dan membakar pintu istana presiden, di Kaherah, dalam pertempuran yang meragut satu nyawa malam Jumaat.
Angkatan keselamatan telah menggunakan meriam air dan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke atas perusuh politik yang pertama kalinya sampai ke istana Mohammed Morsi.
Lebih daripada 50 orang cedera dalam pertempuran itu dan sekurang-kurangnya satu orang ditembak mati, menurut laporan agensi-agensi.
Bantahan lain di seluruh negara pada semalam tidak melihat keganasan yang ketara.
Sepanjang minggu lalu, kira-kira 60 orang terbunuh dalam bantahan, pertempuran dan rusuhan di bandar-bandar negara tersebut, kebanyakan di Port Said.
Rusuhan bermula selepas 21 orang telah dihukum mati atas rusuhan yang berkaitan dengan bola sepak pada tahun 2012.
Penunjuk perasaan menuduh Morsi mengkhianati revolusi 2011, yang menjatuhkan Hosni Mubarak, dan membawanya ke kuasa pada Jun lepas.
Tetapi Morsi, yang diseru untuk letak jawapan, menafikan tuduhan tersebut.
Di dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau, presiden Morsi memberi amaran bahawa pasukan keselamatan akan “bertindak dengan penuh ketegasan”.
Penyokong Encik Morsi berkata penunjuk perasaan cuba untuk menggunakan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan presiden pertama di negara ini yang dipilih secara demokrasi.
Topic Berkaitan
#Kaherah
#Mesir
#Mohammed Morsi
#pertempuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan