KHARTOUM: Pertempuran sengit meletus antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum, ibu negara Sudan sehari sebelum sambutan Aidiladha.
Saksi tempatan berkata, bunyi tembakan artileri dan senapang kedengaran di beberapa bahagian di Khartoum.
Ia menyusul selepas komander RSF Mohamed Hamdan Dagalo dalam rakaman suara yang disiarkan di Facebook pada Isnin mengumumkan "gencatan senjata unilateral" selama dua hari menjelang perayaan itu.
Konflik bersenjata di Sudan setakat ini tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda sejak bermula pada 15 April walaupun perjanjian gencatan senjata dicapai antara pihak yang bertelagah sejak 10 minggu lepas.
Selain menyebabkan kerosakan harta benda dan rompakan di Khartoum, dengan misi diplomatik asing turut menjadi sasaran, konflik itu juga menyebabkan kekacauan di bahagian lain khususnya di Darfur.
Dalam satu kenyataan, pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) menggesa tindakan segera diambil bagi menghentikan pembunuhan orang awam yang melarikan diri dari El Geneina, ibu negeri Darfur barat.
Menurut pertubuhan doktor sudan, militia bersenjata membunuh lebih 1,000 orang di El Geneina.
Menurut angka yang dikeluarkan oleh OHCHR minggu lalu, kira-kira 2.5 juta orang kehilangan tempat tinggal di dalam dan luar Sudan sejak konflik bermula.
Sementara itu, RSF Sudan pada Selasa mengumumkan pembebasan 100 tawanan tentera sebelum cuti Aidiladha walaupun pertempuran berterusan di Khartoum.
Astro Awani
Thu Jun 29 2023
Sebuah kereta dilihat terbakar di Khartoum, Sudan. - Foto REUTERS
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
43 terbunuh dalam serangan udara di pasar Sudan
55 orang turut cedera dalam serangan yang menyasarkan pasar terbuka di kejiranan Mayo di Khartoum Selatan.
Rakyat Myanmar berdepan situasi kemanusiaan meruncing - Pejabat Kemanusiaan PBB
Laporan OCHA PBB menyentuh peningkatan kekacauan di tenggara, pertempuran di utara Shan dan pertempuran sengit di barat laut Myanmar.
Pertempuran sengit meletus di Sudan sehari sebelum Aidiladha
Saksi tempatan berkata, bunyi tembakan artileri dan senapang kedengaran di beberapa bahagian di Khartoum.
Pertempuran sengit meletus di Khartoum menjelang Aidiladha
Pertempuran sengit meletus antara Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum ibu negara Sudan pada Selasa, menjelang Aidiladha.