Pihak berkuasa Amerika Syarikat mempertahankan keputusan Presiden Donald Trump untuk bertemu dengan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un.

Menurut Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Mike Pompeo, pertemuan yang bakal berlangsung itu bukanlah sekadar pertemuan biasa dan bukannya hadiah kepada Pyongyang.

Tambah Pompeo, dia yakin Trump akan membantu menyelesaikan masalah dihadapi dua negara ini.

Selain itu, menerusi pertemuan itu juga, Washington berharap agar Pyongyang bersetuju untuk menghentikan program ujian nuklear dan peluru berpandu mereka.

Khamis lalu Trump bersetuju untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan Jong Un pada bulan Mei selepas melalui fasa ketegangan selama berbulan-bulan.

Bagaimanapun, lokasi dan tarikh rasmi bagi pertemuan itu belum dinyatakan.