Skip to main content

Dunia

Ukraine sedia berunding dengan Rusia - Trump

71730893244_DonaldTrump.jpg
WASHINGTON: Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS),  Donald Trump berkata, Ukraine bersedia mencapai persetujuan untuk menyelesaikan konflik dengan Rusia.

Beliau menyeru gencatan senjata dan permulaan rundingan damai dengan segera, menurut catatannya di laman Truth Social, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

"Zelensky dan Ukraine mahu membuat perjanjian [dengan Rusia] dan menghentikan kegilaan ini... gencatan senjata segera perlu dilaksanakan, dan rundingan perlu dimulakan," katanya, sambil menambah bahawa "China boleh membantu" dalam proses rundingan itu.

Trump turut berkata, jika konflik ini berterusan, ia berpotensi untuk meningkat menjadi sesuatu yang lebih besar dan jauh lebih buruk. - BERNAMA


Advertisement

Must Watch Video