awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertumbuhan KDNK AS menyusut kepada 1.2 peratus pada separuh pertama 2025 - Powell

Bernama
Bernama
22/08/2025
21:10 MYT
Pertumbuhan KDNK AS menyusut kepada 1.2 peratus pada separuh pertama 2025 - Powell
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) susut kepada 1.2 peratus pada separuh pertama tahun ini, hampir separuh daripada kadar 2.5 peratus pada 2024. - Gambar hiasan Reuters
WASHINGTON: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) susut kepada 1.2 peratus pada separuh pertama tahun ini, hampir separuh daripada kadar 2.5 peratus pada 2024, kata Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Pada masa sama, pertumbuhan KDNK telah merosot ketara pada separuh pertama tahun ini kepada 1.2 peratus, kira-kira separuh daripada kadar 2.5 peratus pada 2024 ... penurunan pertumbuhan itu sebahagian besarnya mencerminkan kelembapan dalam perbelanjaan pengguna.
"Seperti pasaran buruh, sebahagian daripada kelembapan KDNK mungkin mencerminkan pertumbuhan lebih perlahan dalam penawaran atau pengeluaran potensi," kata Powell pada simposium ekonomi tajaan Bank Rizab Persekutuan Kansas City.
Powell turut menyatakan terdapat ketidakpastian besar mengenai kesan jangka panjang dasar pentadbiran Trump, khususnya berkaitan tarif perdagangan dan kawalan imigresen.
"Terdapat ketidakpastian ketara mengenai di mana semua dasar ini akhirnya akan dimuktamadkan dan apakah kesan berpanjangan terhadap ekonomi," katanya dalam ucapan yang disediakan untuk Simposium Dasar Ekonomi Jackson Hole di Wyoming.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#KDNK AS
#Rizab Persekutuan AS
#Jerome Powell
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan