awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan rasmi Narendra Modi tegaskan hubungan erat Malaysia-India
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peru kesan susu tercemar dari Perancis

Agensi
Agensi
11/12/2017
21:39 MYT
Peru kesan susu tercemar dari Perancis
pengeluar produk itu dan pihak berkuasa Perancis telah mengarahkan produk susu berkenaan ditarik balik di peringkat global yang dianggarkan berjumlah jutaan unit. - Gambar hiasan
Pihak berkuasa Peru mengeluarkan amaran pada Isnin terhadap pencemaran produk susu kanak-kanak yang diimport dari Perancis.
Direktorat Jeneral Keselamatan Alam Sekitar Dan Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan negara itu ,Peruluis Del Carpio, dalam satu kenyataan turut memberi amaran bahawa terdapat produk yang tercemar dijual di pasar raya.
Beliau menggesa orang ramai supaya tidak mengambil produk susu tersebut dan pihak berkuasa telah menghentikan pengedaran produk susu Gloria Infant peringkat tiga yang bertarikh luput dari Jun hingga November 2019.
Syarikat Gloria, yang mengimport produk Lactalis ke Peru bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa unit-unit yang diimport tidak menunjukkan sebarang risiko kesihatan sebelum diimport ke Peru dan telah menjalani pemeriksaan oleh kerajaan Perancis.
Bagaimanapun pengeluar produk itu dan pihak berkuasa Perancis telah mengarahkan produk susu berkenaan ditarik balik di peringkat global yang dianggarkan berjumlah jutaan unit kerana bimbang dicemari bakteria Salmonella.
Topic Berkaitan
#bayi
#Kanak-kanak
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#Perancis
#Peru
#susu
#tarik
#tercemar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan