awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit Zika pertama di China tenang, percaya penyakit boleh dirawat

Agensi
Agensi
12/02/2016
11:37 MYT
Pesakit Zika pertama di China tenang, percaya penyakit boleh dirawat
Lelaki berusia 34 tahun itu ketika ini dikuarantinkan di Hospital Ganxian. Dia tidak bimbang tentang proses diagnosis yang dilaluinya ketika ini kerana percaya penyakitnya 'mudah dirawat'. - Foto paparan skrin CCTV
Seorang lelaki di China yang disahkan positif Zika baru-baru ini, percaya penyakit yang dihidapinya ketika ini "mudah dirawat".
Dia yang ketika ini dikuarantinkan di Hospital Ganxian berkata dia tidak bimbang tentang proses diagnosis yang dilaluinya ketika ini.
Lelaki berusia 34 tahun itu melakukan pemeriksaan kesihatan ke hospital berkenaan pada 5 Feb lalu kerana demam sejurus pulang melancong dari Venezuela.
Dia yang pada mulanya menyangka dirinya telah dijangkiti virus denggi, telah berjumpa dengan seorang doktor di Venezuela selepas menunjukkan beberapa simptom seperti demam dan pening.
BACA: Fakta ringkas mengenai virus Zika
Pada Selasa lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di China telah mengesahkan lelaki berkenaan merupakan rakyat China pertama yang menghidapi virus Zika.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak bimbang ujian positif virus Zika kerana dia percaya penyakit berkenaan tidak serius dan mudah untuk dirawat.
"Penyakit ini tidak memudaratkan lelaki memandangkan ia memberi impak yang besar kepada perempuan, bagi fasa virus yang berikutnya," kata pesakit berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Penyakit Berjangkit, Dr Deng Yichu berkata simtom yang dialami pesakit berkenaan seperti ruam di kulit dan demam, semakin pulih.
"Pesakit berkenaan tidak risau dan dia sangat tenang ketika dikuarantinkan di hosptal ini," katanya. BACA: Virus Zika - WHO nasihatkan jangan terima pendermaan darah
Topic Berkaitan
#virus Zika di China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan