awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara hantar surat mengandungi alat letupan dihadap ke mahkamah Sepanyol

Bernama
Bernama
03/11/2023
14:56 MYT
Pesara hantar surat mengandungi alat letupan dihadap ke mahkamah Sepanyol
Lelaki berusia 74 tahun itu didakwa atas keganasan serta pembuatan dan penggunaan alat letupan untuk tujuan keganasan, menurut mahkamah negeri di Madrid pada Khamis. - Gambar hiasan/Pexels
MADRID: Seorang pesara akan dihadapkan di mahkamah Sepanyol atas pertuduhan menghantar siri surat mengandungi alat letupan, termasuk ke kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Lelaki berusia 74 tahun itu didakwa atas keganasan serta pembuatan dan penggunaan alat letupan untuk tujuan keganasan, menurut mahkamah negeri di Madrid pada Khamis.
Penghantaran siri surat mengandungi alat letupan itu mencetuskan kegemparan di Sepanyol pada akhir November 2022.
Selain Sanchez dan kedutaan AS dan Ukraine, sebuah syarikat pertahanan yang membekalkan produk ke Ukraine, Menteri Pertahanan Margarita Robles dan Pusat Satelit EU di pangkalan udara Torrejon, turut menerima surat sama.
Lelaki itu ditahan di Miranda de Ebro, kira-kira 300 km di utara Madrid, dua bulan kemudian.
Menurut laporan kehakiman, lelaki itu tidak mempunyai tanda-tanda bahawa beliau menganggotai kumpulan pengganas atau kumpulan terancang, tetapi kesemua bukti mendapati beliau bertindak dengan niat untuk "mengganggu ketenteraman awam" dan mahu bantuan kepada Ukraine dihentikan dalam perang menentang Rusia.
Media yang memetik kenyataan polis ketika itu melaporkan bahawa enam surat yang dihantar lelaki itu mengandungi mekanisme piroteknik buatan sendiri dan logam bola kecil buatan sendiri.
Hanya satu hantaran meletup, menyebabkan seorang pekerja kedutaan Ukraine cedera di tangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bungkusan alat letupan
#sepanyol
#Kedutaan AS
#Pedro Sanchez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan