awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Air New Zealand terima ancaman bom

Bernama
Bernama
19/10/2024
12:00 MYT
Pesawat Air New Zealand terima ancaman bom
Insiden melibatkan penerbangan Air New Zealand dari Wellington ke Sydney yang membawa 140 penumpang. -Gambar fail/Reuters
SYDNEY: Ancaman bom dilaporkan membabitkan sebuah pesawat Air New Zealand di Lapangan Terbang Sydney pada Sabtu, Xinhua memetik laporan media tempatan.
Insiden melibatkan penerbangan Air New Zealand dari Wellington ke Sydney yang membawa 140 penumpang, menurut Sky News Australia.
Pesawat itu mendarat dengan selamat tetapi kekal di landasan, menurut laporan itu.
Penerbangan NZ-247 tiba dari Wellington sekitar 5.40 petang waktu tempatan, dengan unit operasi taktikal, paramedik dan pasukan bomba dikerah ke lokasi, lapor laman sesawang berita Channel Nine.
Air New Zealand mengesahkan mereka sedar akan kemungkinan ancaman keselamatan selepas ditahan di landasan, menurut laporan itu.
"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan mengikuti protokol standard yang ditetapkan untuk insiden sedemikian," kata Kapten David Morgan, ketua pegawai integriti operasi dan keselamatan syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ancaman bom
#Air New Zealand
#Lapangan Terbang Sydney
#Wellington ke Sydney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan