DUNIA
Pesawat Angara Airlines sah terhempas, fiuslaj ditemukan terbakar di kawasan pergunungan

Fiuslaj pesawat Antonov An-24 milik Angara Airlines yang hilang ditemukan terbakar di kawasan pergunungan berhampiran Tynda, Wilayah Amur, Rusia. -Foto X @Airways_cz
MOSCOW: Pasukan penyiasat Rusia mengesahkan penemuan fiuslaj pesawat penumpang jenis Antonov An-24 milik Angara Airlines yang hilang daripada radar ketika menghampiri bandar Tynda di Wilayah Amur, menurut kenyataan Kementerian Kecemasan Rusia pada Khamis.
Ringkasan AI
- Fiuslaj pesawat Antonov An-24 milik Angara Airlines yang hilang telah ditemui terbakar di kawasan pergunungan berhampiran Tynda, Wilayah Amur, Rusia.
- Pesawat yang membawa 43 penumpang termasuk anak kapal dan kanak-kanak dipercayai hilang selepas percubaan kedua untuk mendarat dalam cuaca buruk; tiada mangsa dilaporkan terselamat.
- Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, dan siasatan jenayah telah dilancarkan berhubung kemungkinan pelanggaran peraturan keselamatan penerbangan.
Tiada mangsa dilaporkan terselamat setakat ini.
Gabenor Wilayah Amur, Vasily Orlov berkata semua sumber dan aset kecemasan telah digerakkan untuk operasi mencari dan menyelamat.
Pihak berkuasa turut melancarkan siasatan jenayah berhubung kemungkinan pelanggaran peraturan keselamatan penerbangan.
Pesawat dalam penerbangan dari Blagoveshchensk ke Tynda selepas berlepas dari Khabarovsk itu hilang daripada radar ketika menghampiri destinasi terakhirnya berhampiran sempadan China.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami