awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Cessna hilang sejurus berlepas

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2023
00:40 MYT
Pesawat Cessna hilang sejurus berlepas
Sebuah pesawat Cessna dilapor hilang sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Cauayan di Isabela, Filipina pada petang Selasa. -Gambar fail/cessna.txtav.com
MANILA: Sebuah pesawat Cessna dilapor hilang sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Cauayan di Isabela, Filipina pada petang Selasa.
Menurut laporan media tempatan, pesawat ringan itu membawa juruterbang dan lima penumpang.
Ia dilapor dalam perjalanan ke bandar Maconacon namun tidak dapat mendarat di kawasan itu.
Menurut laporan Villamor Visaya di Super Radyo dzBB, pesawat itu berlepas dari Cauayan pada jam 2 petang.
Difahamkan komunikasi terakhir juruterbang adalah pada jam 2.16 petang.
Pencarian dari udara telah dijalankan di Isabela namun terpaksa ditangguh akibat cuaca buruk.
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Cessna hilang
#pesawat ringan
#Lapangan Terbang Cauayan
#Isabela Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan