awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Indonesia membawa 10 penumpang terputus hubungan di Sulawesi

AFP
AFP
02/10/2015
13:24 MYT
Pesawat Indonesia membawa 10 penumpang terputus hubungan di Sulawesi
Sebuah pesawat Aviastar Twin Otter DHC-6 (mirip di dalam gambar ini) terputus hubungan sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Masamba di Luwu Utara. - Gambar hiasan
Sebuah pesawat penumpang Indonesia yang membawa 10 penumpang dan kru terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara ketika penerbangan di Sulawesi pada Jumaat.
Ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia mengesahkan pesawat Aviastar Twin Otter DHC-6 terputus hubungan sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Masamba di Luwu Utara ke ibu kota wilayah Makassar pada jam 2.29 petang (waktu tempatan).
"Kami masih menunggu maklumat yang lebih terperinci, tetapi saya dan pasukan akan terbang ke Masamba malam ini," kata ketua agensi Bambang Soelistyo kepada AFP.
Soelistyo berkata usaha menyelamat kemungkinan akan dijalankan pada pagi Sabtu.
"Suasana sudah gelap sekarang, tetapi keadaan boleh berubah bergantung kepada perkembangan terkini," katanya.
Pesawat yang membawa empat orang dewasa, tiga kanak-kanak dan tiga anak kapal itu dijadual tiba di Makassar sejam selepas berlepas.
Topic Berkaitan
#Aviastar Twin Otter DHC-6
#Indonesia
#Luwu Utara
#Masamba
#pesawat penumpang
#terputus hubungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan