awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat JetBlue lakukan pendaratan cemas di Tampa, 15 penumpang cedera

Astro Awani
Astro Awani
31/10/2025
08:28 MYT
Pesawat JetBlue lakukan pendaratan cemas di Tampa, 15 penumpang cedera
Pesawat JetBlue dari Cancun ke Newark terpaksa mendarat cemas di Tampa selepas mengalami masalah sistem kawalan penerbangan yang menyebabkan penurunan altitud mendadak. -Gambar fail/Instagram Jetblue
TAMPA: Sebuah pesawat JetBlue yang dalam penerbangan dari Cancun, Mexico ke Newark, New Jersey, terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa, Florida pada Khamis selepas mengalami masalah sistem kawalan penerbangan yang menyebabkan penurunan altitud mendadak.

Ringkasan AI
  • Pesawat JetBlue dari Cancun ke Newark terpaksa mendarat cemas di Tampa selepas mengalami masalah sistem kawalan penerbangan yang menyebabkan penurunan altitud mendadak.
  • Seramai 15 hingga 20 penumpang cedera ringan dan menerima rawatan perubatan, manakala FAA sedang menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.
  • JetBlue memohon maaf kepada penumpang dan menyatakan komitmen untuk bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa dalam siasatan.

Menurut kenyataan JetBlue, insiden melibatkan pesawat Airbus A320 dengan nombor penerbangan 1230 berlaku sekitar jam 2.20 petang waktu tempatan.
Seramai 15 hingga 20 penumpang dilaporkan cedera ringan, termasuk akibat hentakan, dan telah menerima rawatan sejurus pesawat mendarat.
“Pasukan perubatan menjalankan penilaian ke atas penumpang dan anak kapal sejurus pesawat mendarat. Mereka yang memerlukan rawatan lanjut telah dihantar ke hospital berdekatan,” kata jurucakap JetBlue.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengesahkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden, yang dipercayai membabitkan isu teknikal sistem kawalan penerbangan.
Cuaca dilaporkan berada dalam keadaan baik ketika kejadian berlaku.
Rakaman komunikasi juruterbang dengan menara kawalan menunjukkan sekurang-kurangnya tiga penumpang mengalami cedera ringan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
JetBlue menyatakan komitmen untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam siasatan dan menzahirkan permohonan maaf kepada semua penumpang yang terjejas.
Topic Berkaitan
#JetBlue
#mendarat cemas
#masalah sistem kawalan penerbangan
#penurunan altitud mendadak
#Cancun Mexico ke Newark New Jersey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan