awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat kargo tentera Turkiye terhempas di Georgia

Bernama
Bernama
11/11/2025
14:49 MYT
Pesawat kargo tentera Turkiye terhempas di Georgia
Sebuah pesawat kargo tentera C-130 milik Turkiye yang dalam perjalanan dari Azerbaijan telah terhempas di Georgia. - Gambar fail/AP
ANKARA: Sebuah pesawat kargo tentera C-130 milik Turkiye yang dalam perjalanan dari Azerbaijan telah terhempas di Georgia, kata Presiden Turkiye pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.
"Kami amat sedih apabila mendapat tahu satu daripada pesawat tentera C-130 kami yang dalam perjalanan dari Azerbaijan ke negara ini telah terhempas berhampiran sempadan Georgia-Azerbaijan," kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada satu majlis di ibu negara Turkiye, Ankara.
"Operasi mencari dan menyelamat kami teruskan dengan koordinasi bersama pihak berkuasa negara. Semoga Tuhan merahmati syuhada kita," tambahnya.
Kementerian Pertahanan juga menyatakan di X bahawa operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan dengan koordinasi bersama pihak berkuasa Georgia.
Tiada maklumat mengenai berapa ramai orang yang berada di dalam pesawat itu atau mengenai kemungkinan kemalangan jiwa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat kargo tentera
#Turkiye
#terhempas
#Georgia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan