DUNIA
Pesawat pejuang Itali terhempas ketika pertunjukan udara

Pesawat tersebut dilaporkan sedang membuat pusingan, namun gagal terbang tinggi dan menyebabkan ia menjunam ke laut. -YouTube / Cronache Cittadine
Tentera Udara Itali mengesahkan pesawat pejuangnya Eurofighter yang menyertai pertunjukan udara di Rome terhempas ke laut.
Nahas membunuh juruterbang pesawat berkenaan.
Nahas berlaku disaksikan ribuan pengunjung pertunjukan udara di Terracina.
Pesawat tersebut dilaporkan sedang membuat pusingan, namun gagal terbang tinggi dan menyebabkan ia menjunam ke laut.
Asap tebal kelihatan selepas nahas tersebut.
Insiden menyebabkan pertunjukan yang menampilkan skuad Frecce Tricolore dibatalkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami