awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Penerbangan Antarabangsa Pakistan bawa 48 penumpang disahkan terhempas

Agensi
Agensi
07/12/2016
12:01 MYT
Pesawat Penerbangan Antarabangsa Pakistan bawa 48 penumpang disahkan terhempas
Pesawat itu gagal dihubungi selepas berlepas dari dari lapangan terbang di Chitral menuju ke Islamabad. - Foto AFP
Sebuah pesawat milik syarikat Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA) yang sedang membawa 48 penumpang disahkan terhempas berhampiran wilayah bergunung-ganang di Khyber Pakhtunkhwa.
Pesawat PK661 jenis ATR-42 turboprop itu sebelum itu dilaporkan hilang selepas berlepas dari lapangan terbang di Chitral menuju ke Islamabad sekitar 4.30 petang waktu tempatan.
“Sebuah pesawat telah terhempas dan penduduk tempatan memaklumkan ternampak kebakaran, “ kata seorang anggota polis, Saeed Wazir.
Dilaporkan sehingga lewat Rabu sekurang-kurangnya 43 mayat telah berjaya ditemui dan usaha untuk menemui mereka yang masih hidup adalah tipis.
Pesawat itu dikatakan terhempas berhampiran bandar Havelian dalam daerah Abbottabad.
Antara yang terbunuh adalah Junaid Jamshed seorang penyanyi pop yang bertukar arah menjadi penceramah agama.
Kali terakhir Pakistan mengalami nahas udara adalah pada tahun 2015 dimana nahas di lembah utara negara itu mengorbankan nyawa lapan penumpang termasuk warga Norway, Filipina dan isteri diplomat Malaysia serta Indonesia.
Nahas paling buruk yang pernah direkodkan adalah pada tahun 2010 apabila pesawat Airbus 321 yang dikendalikan syarikat penerbangan Airblue yang sedang dalam penerbangan dari Karachi terhempas di kawasan berbukit, mengorban kesemua 152 penumpang.
Topic Berkaitan
#gagal dihubungi
#Pesawat Pakistan hilang
#Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan