Sebuah pesawat penerbangan Laos terhempas ketika cubaan melakukan pendaratan dalam cuaca buruk kira-kira 4 petang Rabu.

Menurut saksi, sekurang-kurangnya 49 orang terbunuh dalam kemalangan yang berlaku di Pakse, Selatan negara itu.

Pesawat berkenaan dikatakan sedang bersiap sedia untuk mendarat apabila tiupan angin kencang menyebabkannya tersasar dari landasan dan kemudian terhempas berhampiran sebuah pulau di Sungai Mekong.

Pesawat dilaporkan dalam perjalanan dari Vientienne menuju ke Pakse.

Senarai penumpang belum disahkan namun dianggarkan lebih separuh daripada mereka adalah warga asing, termasuk dari Australia, Korea Selatan, Amerika Syarikat, China, Taiwan, Vietnam, Kanada dan Malaysia.