BEIJING: Pesawat penumpang C919 pertama buatan China memulakan penerbangan ujian pengesahan selama 100 jam pada Isnin.
Pesawat penumpang bersaiz besar itu dijangka digunakan untuk perkhidmatan komersial pada musim bunga tahun depan selepas selesai menjalani semua ujian.
Pengoperasian pesawat C919 diyakini akan menamatkan monopoli syarikat Boeing dan Airbus terhadap pasaran pesawat penumpang.
Ketua pereka pesawat itu Wu Guanghui berkata bilangan pesawat China dan dunia dianggarkan masing-masing meningkat kira-kira sekali ganda dalam tempoh dua dekad akan datang.
"Dalam konteks ini, ia dapat menampung pasaran ketiga dan keempat kami.
"Pasaran adalah bersifat kerjasama sama menang, jadi pelanggan juga perlu ditawarkan lebih banyak pilihan," kata beliau.
C919 buat julung kalinya diperkenalkan di Pameran Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China edisi ke-14 pada 8 Nov.
Pada pameran itu sahaja Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) telah meraih tempahan sebanyak 300 buah.
Setakat 12 Dis, sebanyak 1,176 tempahan diterima daripada 28 pelanggan di dalam dan luar negeri.
Sebagai simbol pembuatan kelas tinggi, rantaian perindustrian pesawat bersaiz besar itu melibatkan hampir 300,000 orang petugas dan kakitangan dari lebih 1,000 perusahaan domestik, institusi pengajian tinggi dan akademi sains.
Proses penyelidikan dan pembangunan pesawat C919 turut menyaksikan kemajuan signifikan membabitkan 163 teknologi penting.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022
C919 buat julung kalinya diperkenalkan di Pameran Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China edisi ke-14 pada 8 Nov. - Gambar/ Reuters
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Pesawat prototaip Boom Supersonic XB-1 lakukan penerbangan pertama
Pesawat prototaip dengan tiga enjin ini akan menjadi asas kepada pesawat penumpang supersonik Overture yang mampu membawa sehingga 80 penumpang pada kelajuan Mach 1.7.
Pesawat penumpang terhempas di kawasan pergunungan di Afghanistan
Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Russia pada Ahad berkata pesawat Falcon 10 itu membawa enam orang, empat orang kru dan dua penumpang.
Penumpang gigit lengan kru kabin, pesawat All Nippon Airways terpaksa berpatah balik
Sebuah pesawat All Nippon Airways Jepun dari Tokyo ke Seattle, Amerika Syarikat terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Haneda di Tokyo.
Jet ujian X-59 untuk program pesawat penumpang supersonik senyap didedahkan
Sasaran NASA dan Lockheed Martin ialah X-59 menghasilkan bunyi seperti pintu ditutup sahaja pada kelajuan supersonik.
Pesawat A321 Teleport bolehkan tawaran khidmat logistik pada harga berpatutan - Tony
A321F akan membolehkan perkhidmatan logistik ditawarkan pada harga berpatutan, berkhidmat sebagai penyedia logistik udara sepenuhnya.
Pesawat C919 buatan China mulakan penerbangan komersial
Pesawat penumpang C919 yang dibangunkan sendiri oleh China, memulakan penerbangan komersial pertamanya dari Shanghai ke Beijing pada Ahad.
Iran hukum penjara 10 anggota tentera tembak jet Ukraine pada 2020
Mahkamah tentera menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun ke atas komander pertahanan udara selepas 20 kali perbicaraan.
Tempahan pesawat Boeing meningkat pada 2022
Boeing telah memenuhi tempahan 152 pesawat komersial pada suku keempat 2022 berbanding 99 pesawat komersial dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Pesawat penumpang pertama buatan China C919 mulakan penerbangan ujian pengesahan
Pesawat penumpang C919 pertama buatan China memulakan penerbangan ujian pengesahan selama 100 jam pada Isnin.