Skip to main content

Dunia

Pesawat rempuh bangunan kediaman di Brazil, tiga maut

Firefighters work next to the remains of a plane after it crashed into a building in Belo Horizonte, Brazil, May 4, 2026. REUTERS/Washington Alve
Pesawat membawa lima penumpang itu dilaporkan baru berlepas dari Lapangan Terbang Pampulha menuju Sao Paulo sebelum ia gagal capai ketinggian dan merempuh bangunan kediaman tiga tingkat berkenaan. -Foto Reuters

BELO HORIZONTE: Tiga maut manakala dua lagi cedera parah selepas sebuah pesawat ringan merempuh sebuah bangunan kediaman, di sini, pada Isnin.

Pesawat membawa lima penumpang itu dilaporkan baru berlepas dari Lapangan Terbang Pampulha menuju Sao Paulo sebelum ia gagal mencapai ketinggian dan merempuh bangunan kediaman tiga tingkat berkenaan.

Advertisement

Menurut Jabatan Bomba Minas Gerais, juruterbang dan pembantu juruterbang maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Dua penumpang lain dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

Pihak berkuasa turut mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan melibatkan penduduk bangunan berkenaan.

Rakaman video daripada helikopter TV Globo menunjukkan pesawat itu cuba membelok untuk mengelak bangunan yang lebih tinggi sebelum melanggar bahagian tangga bangunan dan terjatuh ke kawasan parkir.

 

 

Pesawat tersebut dikenal pasti sebagai Embraer EMB‑721C, sebuah pesawat ringan enjin berkembar.

Pusat Siasatan dan Pencegahan Kemalangan Aeronautik (CENIPA) memaklumkan siasatan telah dimulakan bagi mengenal pasti punca insiden, termasuk kemungkinan kegagalan teknikal atau faktor kesilapan manusia.

 

Must Watch Video