awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Rusia terbakar selepas mendarat di Turkiye

Bernama
Bernama
25/11/2024
05:20 MYT
Pesawat Rusia terbakar selepas mendarat di Turkiye
Keadaan enjin kiri pesawat yang terbakar sebelum dipadamkan pasukan bomba. - Gambar/ X Iran Military
ISTANBUL/MOSCOW: Sebuah pesawat penumpang Rusia terbakar sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antalya di pantai Mediterranean Turkiye.
Kesemua 79 penumpang berjaya dipindahkan tanpa sebarang kecederaan, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik laporan agensi berita Rusia, TASS.
Pasukan bomba dengan pantas memadamkan kebakaran yang berlaku pada enjin di bahagian kiri pesawat Sukhoi Superjet 100 milik syarikat penerbangan Rusia, Azimuth.
Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antalya disambung semula selepas kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat terbakar
#pesawat rusia
#Turkiye
#enjin pesawat terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan