awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Ryanair mendarat cemas di Jerman, 9 cedera

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2025
11:00 MYT
Pesawat Ryanair mendarat cemas di Jerman, 9 cedera
Pesawat mendarat selamat di Lapangan Terbang Memmingen, dengan beberapa penumpang termasuk seorang wanita, anak kecilnya, dan seorang wanita warga emas menerima rawatan akibat kecederaan. -Gambar fail/Reuters
BERLIN: Sembilan penumpang cedera apabila pesawat Ryanair dinaiki mereka terpaksa mendarat cemas di Jerman susulan gelora udara yang kuat akibat ribut petir.

Ringkasan AI
  • Sembilan penumpang cedera selepas pesawat Ryanair dari Berlin ke Milan terpaksa mendarat cemas di Jerman akibat gelora udara kuat disebabkan ribut petir.
  • Pesawat mendarat selamat di Lapangan Terbang Memmingen, dengan beberapa penumpang termasuk seorang wanita, anak kecilnya, dan seorang wanita warga emas menerima rawatan akibat kecederaan.
  • Ryanair memohon maaf atas kejadian itu, menyediakan bantuan perubatan segera, perkhidmatan bas ke Milan, dan penerbangan gantian keesokan harinya.

Menurut polis Bavaria, pesawat yang berlepas dari Berlin ke Milan itu berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Memmingen, kira-kira 115 kilometer di barat Munich, selepas cuaca buruk memaksa juruterbang mengambil langkah kecemasan.
Antara yang cedera termasuk seorang wanita yang mengalami kecederaan di kepala, anaknya yang berusia dua tahun yang mengalami lebam, serta seorang wanita berusia 59 tahun yang mengadu sakit belakang.
Ketiga-tiga mereka menerima rawatan di hospital, manakala kecederaan lain dirawat di lokasi kejadian.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ryanair memaklumkan bahawa kapten penerbangan telah meminta bantuan perubatan sebelum pesawat mendarat.
Syarikat penerbangan itu turut memohon maaf kepada penumpang yang terjejas dan menyediakan perkhidmatan bas dari Memmingen ke Milan pada malam kejadian serta penerbangan gantian pada pagi Khamis.
Topic Berkaitan
#cuaca buruk
#Ryanair
#gelora udara
#Berlin ke Milan
#Lapangan Terbang Memmingen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan