awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas di Brazil, ahli perniagaan dan 9 ahli keluarga maut

Bernama
Bernama
23/12/2024
06:15 MYT
Pesawat terhempas di Brazil, ahli perniagaan dan 9 ahli keluarga maut
Dalam nahas malang itu, 17 orang di darat turut cedera dengan dua daripadanya parah. - Foto REUTERS
RIO DE JANEIRO: Kesemua 10 orang di dalam sebuah pesawat kecil terbunuh apabila pesawat itu terhempas di bandar Gramado, selatan Brazil, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Gabenor negeri Rio Grande do Sul Eduardo Leite dalam sidang media berkata mangsa adalah seorang ahli perniagaan dari Sao Paulo yang mengendalikan pesawat itu dan sembilan ahli keluarganya.
Beliau berkata selain itu, 17 orang di darat turut cedera dengan dua daripadanya parah.
10 maut selepas pesawat terhempas di Brazil
Pesawat itu melanggar sebuah bangunan pangsapuri, kedai perabot, rumah penginapan dan cerobong asap bangunan lain di bandar kecil itu, menurut laporan laman sesawang G1.
Akaun Instagram kedai perabot itu menyatakan tiada individu berada di premis semasa kejadian.
Leite berkata pesawat itu terhempas beberapa minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Canela pada waktu pagi menuju ke Jundiai, kira-kira 1,000 kilometer ke utara di negeri Sao Paulo.
Punca kejadian masih dalam siasatan, kata gabenor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Brazil
#ahli perniagaan maut
#langgar pangsapuri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan