awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas di Greenland, seorang maut – Agensi Trafik Udara Denmark

Bernama
Bernama
28/10/2025
02:00 MYT
Pesawat terhempas di Greenland, seorang maut – Agensi Trafik Udara Denmark
Agensi trafik udara Denmark, Naviair pada Isnin mengesahkan bahawa pesawat ringan yang dilaporkan hilang antara Kanada dan Greenland ditemukan terhempas. - Gambar hiasan
HAMILTON: Agensi trafik udara Denmark, Naviair pada Isnin mengesahkan bahawa pesawat ringan yang dilaporkan hilang antara Kanada dan Greenland ditemukan terhempas, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Satu-satunya individu di dalam pesawat disahkan maut.
Menurut laporan CBC News, pihak berkuasa menemukan lokasi nahas di kawasan pergunungan Sermitsiaq, kira-kira 15 kilometer timur laut Nuuk, ibu negara Greenland.
Operasi mencari dimulakan hujung minggu lalu tetapi terpaksa ditangguhkan pada Sabtu akibat cuaca buruk dan jarak penglihatan yang rendah.
Misi pencarian disambung semula pada Ahad, membawa kepada penemuan serpihan pesawat berkenaan.
Naviair berkata pesawat jenis Cessna T182 itu berdaftar atas nama sebuah syarikat Amerika Syarikat dan berlepas dari Newfoundland dan Labrador sebelum terputus hubungan.
Textron Aviation, pemilik jenama Cessna, memaklumkan kepada CBC bahawa mereka menyedari insiden itu namun tidak dapat mengeluarkan maklumat lanjut berikutan sekatan yang dikenakan oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS dan Lembaga Siasatan Kemalangan Maritim Denmark.
Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa waris mangsa telah dimaklumkan dan siasatan kini diserahkan kepada polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Greenland
#pesawat terhempas
#Cessna T182
#Textron Aviation
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan