Skip to main content

Dunia

Pesawat Turkish Airlines bawa 288 penumpang dan kru terbakar di Kathmandu

An airbus belonging to Turkish Airlines is parked at Tribhuvan International Airport after a minor fire broke out while landing in Kathmandu, Nepal May 11, 2026. REUTERS/Navesh Chitrakar
Menurut jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal (CAAN), kebakaran dikesan berpunca daripada tayar belakang sebelah kanan pesawat jenis Airbus A330 sejurus mendarat. -Foto Reuters

KATHMANDU: Seramai 277 penumpang dan 11 kru pesawat Turkish Airlines terselamat selepas pesawat yang mereka naiki terbakar pada bahagian tayar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA), hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia), membabitkan penerbangan TK726 yang berlepas dari Istanbul, Turkiye.

Menurut jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal (CAAN), kebakaran dikesan berpunca daripada tayar belakang sebelah kanan pesawat jenis Airbus A330 sejurus mendarat.

 

 

Pasukan penyelamat dan jentera bomba lapangan terbang berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh singkat, manakala semua individu di dalam pesawat dipindahkan dengan selamat menerusi pintu keluar kecemasan.

Beberapa penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan semasa proses pemindahan menggunakan gelongsor kecemasan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Insiden itu menyebabkan satu-satunya lapangan terbang antarabangsa di Nepal ditutup selama kira-kira satu jam, sekali gus menjejaskan jadual penerbangan domestik dan antarabangsa.

Turkish Airlines dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan teknikal awal mendapati asap dan api berkenaan berkemungkinan berpunca daripada kegagalan teknikal pada paip hidraulik pesawat.

Must Watch Video