awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesuruhjaya EU jangka kadar pengusiran tertinggi sejak 2019

Bernama
Bernama
03/01/2026
15:30 MYT
Pesuruhjaya EU jangka kadar pengusiran tertinggi sejak 2019
Brunner berkata perkara itu juga memerlukan kerjasama erat dengan negara ketiga bagi memastikan orang ramai tidak memulakan perjalanan migrasi melalui laluan yang berbahaya. - Gambar Reuters/Johanna Geron
BERLIN: Suruhanjaya Eropah menjangkakan peningkatan mendadak dalam pengusiran dari Kesatuan Eropah (EU) sepanjang tahun lepas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik Pesuruhjaya Migrasi EU, Magnus Brunner.

Ringkasan AI
  • Suruhanjaya Eropah meramalkan peningkatan mendadak pengusiran dari Kesatuan Eropah pada tahun lepas, dengan kadar pengusiran meningkat daripada 19% pada 2023 kepada 27% dalam tiga suku pertama 2025.
  • Pesuruhjaya Migrasi EU, Magnus Brunner menegaskan keperluan memerangi migrasi haram melalui pengusiran konsisten individu yang tidak layak tinggal di EU, serta menolak permohonan suaka individu yang kemungkinan rendah.
  • Negara EU bersetuju untuk meningkatkan tekanan terhadap pemohon suaka ditolak, membuat prosedur pengusiran lebih efisien, dan membenarkan pembinaan pusat penghantaran pulang di negara ketiga di masa akan datang.

"Kadar pengusiran meningkat daripada 19 peratus pada 2023 kepada 27 peratus dalam tiga suku pertama 2025. Ini bermakna kita berkemungkinan mencapai kadar pengusiran tertinggi sejak 2019 pada tahun ini," kata Brunner kepada akhbar Jerman, Welt edisi Ahad.
Bagaimanapun, beliau berkata jumlah itu "masih jauh daripada mencukupi."
"Kita mesti memerangi migrasi haram dari semua sudut," kata Brunner. Menurut beliau, ini termasuk pengusiran secara konsisten terhadap individu yang telah kehilangan hak untuk tinggal di EU, serta "menolak dengan segera permohonan individu yang mempunyai peluang tipis untuk menerima suaka."
Beliau berkata perkara itu juga memerlukan kerjasama erat dengan negara ketiga bagi memastikan orang ramai tidak memulakan perjalanan migrasi melalui laluan yang berbahaya.
Negara anggota EU telah memeterai perjanjian meluas mengenai aspek utama dasar migrasi pada awal Disember di Brussels.
Antara langkah lain yang dipersetujui termasuk meningkatkan tekanan terhadap pemohon suaka yang ditolak dan menjadikan prosedur pengusiran lebih cekap.
Selain itu, pembinaan pusat penghantaran pulang di negara ketiga di luar EU juga bakal dibenarkan pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#dasar migrasi
#kadar pengusiran
#peluang tipis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami