awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan

Bernama
Bernama
24/03/2025
21:20 MYT
Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan
Jurucakap Suruhanjaya Eropah berkata EU ingin mengelakkan tarif import dan sebaliknya mahu mengembangkan hubungan perdagangan dan ekonomi antara EU dan AS. - Gambar hiasan
BRUSSELS: Pesuruhjaya Perdagangan Kesatuan Eropah (EU), Maros Sefcovic, sedang dalam perjalanan ke Washington untuk mengadakan rundingan bagi mengelakkan perang perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), menurut kenyataan Suruhanjaya Eropah pada Isnin, lapor agensi berita Jerman dpa.
Sefcovic dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.
Jurucakap Suruhanjaya Eropah berkata EU ingin mengelakkan tarif import dan sebaliknya mahu mengembangkan hubungan perdagangan dan ekonomi antara EU dan AS.
Pada Khamis, EU menangguhkan pengenaan tarif balas ke atas barangan AS selama dua minggu, sehingga pertengahan April. Tarif tersebut dikenakan sebagai tindak balas terhadap tarif import keluli dan aluminium yang telah dikenakan oleh Presiden Donald Trump.
Penangguhan tarif EU ini bertujuan untuk memberikan ruang tambahan bagi rundingan dengan pentadbiran AS, menurut suruhanjaya tersebut.
Trump juga telah mengancam EU dengan tarif sebanyak 200 peratus ke atas wain, champagne dan minuman beralkohol lain. Tarif itu akan dikenakan jika tarif yang dirancang oleh EU ke atas wiski AS tidak dibatalkan, katanya.
Trump juga menunjukkan hasrat untuk mengenakan tarif ke atas kereta dan barangan lain yang diimport dari EU dengan tujuan untuk meningkatkan pengeluaran di AS dan mengurangkan defisit perdagangan.
Tarif EU ke atas barangan AS akan dikenakan ke atas wiski Bourbon, konsol permainan, motosikal, bot dan mentega kacang. Tahap tarif tersebut boleh mencecah sehingga 50 peratus ke atas produk seperti motosikal Harley-Davidson dan wiski Jack Daniel's.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pesuruhjaya Perdagangan EU Maros Sefcovic
#tarif
#perang perdagangan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan