awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Qatar sambut baik perjanjian gencatan senjata antara Iran dan Israel
MALAYSIA
Juruterbang rugi lebih RM190,000 terperdaya tawaran pakej haji palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Petronas diminta pertimbang melabur semula di Uzbekistan - TPM Fadillah

Bernama
Bernama
24/06/2025
13:31 MYT
Sponsor Banner
Petronas diminta pertimbang melabur semula di Uzbekistan - TPM Fadillah
Fadillah berkata, kerajaan Uzbekistan telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Malaysia untuk meminta Petronas mempertimbang semula kembali melabur di negara tersebut. - Bernama
TASHKENT: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) diminta untuk mempertimbang melabur semula di Uzbekistan bagi merancakkan sektor minyak dan gas di republik tersebut.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan Uzbekistan telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Malaysia untuk meminta Petronas mempertimbang semula kembali melabur di negara tersebut.
"Mereka (Uzbekistan) menyatakan hasrat supaya Petronas dapat melibatkan kembali dalam pelaburan gas di Uzbekistan. Saya bersetuju untuk menyampaikan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk (diteliti).
"(Selain itu), saya turut membincangkan bagaimana kita nak meningkatkan keupayaan teknikal dalam bidang tenaga. Sebab itu mereka (Uzbekistan) banyak menghantar pelajar ke universiti di Malaysia khususnya Universiti Teknologi Petronas dan sebagainya," kata Fadillah pada sidang media mengakhiri lawatan kerja beliau selama empat hari di republik tersebut yang bermula Sabtu lepas.
Pada pertengahan 2013, Petronas telah menarik diri daripada perjanjian perkongsian pengeluaran gas di wilayah Ustyurt dan perjanjian perkongsian pengeluaran bagi Pembangunan Blok Pelaburan Baysun di wilayah Surkhandarya.
Kemudiannya pada 2014, Petronas telah menutup pejabat wakilnya di Uzbekistan.
Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, menerusi pertemuan beliau dengan Menteri Tenaga Uzbekistan Jurabek Mirzamakhmudov, negara itu turut menyatakan hasrat untuk mewujudkan universiti khusus bagi melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang elektrikal dan tenaga boleh baharu seperti Universiti Tenaga Nasional (Uniten).
"Jadi kita bersetuju untuk membantu mereka dan kita mencadangkan Uniten sebagai salah satu model yang mereka boleh lihat dan bagaimana nak laksanakan nanti mereka akan menghantar pasukan mereka untuk datang melawat dan melihat bagaimana boleh membangunkan kurikulum dan juga supaya kepakaran ini dapat dikongsi secara bersama," katanya.
Selain itu, katanya, kerajaan Uzbekistan turut mencadangkan agar lebih ramai pelajar daripada negara tersebut diberi peluang melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas, selaras dengan usaha memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#pelaburan
#Uzbekistan
#minyak dan gas
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami