awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petugas kesihatan Itali berhimpun tanda solidariti bersama rakan sekerja Palestin

Bernama
Bernama
11/12/2025
14:11 MYT
Petugas kesihatan Itali berhimpun tanda solidariti bersama rakan sekerja Palestin
Mereka mengecam tindakan genosid Israel di Gaza dan menyatakan solidariti dengan petugas kesihatan Palestin yang turut menjadi sasaran serangan Israel. - Gambar fail/AP
ROM/MILAN: Petugas kesihatan berhimpun pada Rabu di lebih 50 hospital di seluruh Itali sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan mereka di Palestin, lapor Anadolu Ajansi.
Mereka mengecam tindakan genosid Israel di Gaza dan menyatakan solidariti dengan petugas kesihatan Palestin yang turut menjadi sasaran serangan Israel.
Massimo Messana, seorang jururawat di Hospital Niguarda, Milan berkata kepada Anadolu bahawa tujuan perhimpunan itu adalah untuk memastikan perhatian masyarakat Itali terus tertumpu kepada keadaan di Palestin serta penderitaan yang ditanggung rakyat Gaza.
Beliau berkata sistem kesihatan di wilayah terbabit telah runtuh sepenuhnya dan petugas kesihatan ditahan dalam keadaan yang amat keras tanpa sebarang hak di penjara Israel.
Memetik laporan yang menyebut lebih 1,500 petugas kesihatan terbunuh akibat tindakan tentera Israel dan lebih 100 lagi masih ditahan, Messana menyifatkan keadaan itu sebagai "jenayah berganda" terhadap para petugas dan juga terhadap mereka yang sepatutnya dapat diselamatkan.
Kementerian Kesihatan Gaza pada Selasa melaporkan sekurang-kurangnya 70,366 rakyat Palestin terbunuh dan 171,064 cedera dalam perang genosid Israel sejak Oktober 2023.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#petugas kesihatan
#Itali
#solidariti
#Palestin
#kekerasan
#penindasan
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan