Skip to main content

Dunia

Pihak berkuasa AS beri amaran ribut hampiri timur laut, didiami 58 juta penduduk

61671956183_blizzardinBuffalo.jpg
Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS Kristi Noem memberi amaran bahawa satu lagi bencana alam sedang menghampiri negeri di timur laut.

WASHINGTON: Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS Kristi Noem memberi amaran bahawa satu lagi bencana alam sedang menghampiri negeri di timur laut, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Berdasarkan anggaran terkini 2025 daripada Biro Banci AS, kira-kira 58 juta orang tinggal di wilayah itu, menurut pengiraan yang dibuat oleh RIA Novosti.

Advertisement

"Hujung minggu ini, satu lagi ribut musim sejuk yang ketara diramalkan memberi kesan kepada Mid-Atlantic dan Timur Laut AS dari Ahad hingga Isnin," kata Noem di platform X.

Noem menjelaskan bahawa ribut salji, salji lebat, dan angin kencang berkemungkinan berlaku dari New Jersey hingga ke tenggara New England, dengan kawasan pesisir pantai dijangka terjejas paling teruk, katanya.

Salji lebat yang melanda AS pada Januari menjejaskan sebahagian besar negara itu. Negeri selatan seperti Tennessee, Mississippi, dan Louisiana, yang tidak biasa dengan musim sejuk yang melampau, terjejas paling teruk. Wilayah-wilayah ini dilitupi salji, dan di sesetengah kawasan, hujan beku turun, mengakibatkan pembatalan penerbangan yang meluas, gangguan bekalan elektrik, dan peningkatan kematian berkaitan cuaca.

-- BERNAMA
 

Must Watch Video