awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
AMD sahkan Steam Machine akan mula dihantar awal tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan raya Bangladesh: Pembangkang dakwa banyak penipuan, penyelewengan

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2018
22:56 MYT
Pilihan raya Bangladesh: Pembangkang dakwa banyak penipuan, penyelewengan
Pegawai pilihan raya mengira undi selepas proses pengundian tamat di sebuah pusat mengundi di Panam Nagar, kira-kira 20km dari Dhaka, Bangladesh, 30 Dis, 2018. (Foto AP)
Pakatan parti pembangkang Bangladesh diketuai Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) menolak keputusan pilihan raya umum pada Ahad yang menunjukkan Perdana Menteri Sheikh Hasina mendahului undian.
Ketua pembangkang Kamal Hossain berkata, memandangkan telah berlaku banyak penipuan dan penyelewengan, pihaknya menuntut pilihan raya diadakan sekali lagi.
"Beberapa jam selepas proses pengundian tamat, kira-kira 100 calon dari parti pembangkang telah menarik diri dari bertanding," katanya.
Beliau berkata, gabungan pembangkang akan mengadakan mesyuarat pada Isnin untuk membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil.
Kamal berkata, perlu diadakan satu pilihan raya baharu supaya ia boleh membentuk kerajaan yang berkecuali secepat mungkin.
"Kami menuntut satu pilihan raya baru diadakan di bawah satu kerajaan sementara yang neutral, yang tidak berparti, dalam masa sesingkat yang mungkin, secepat mungkin," tambahnya.
Sejak awal, pilihan raya kali ini dijangka menyaksikan Sheikh Hasina mengekalkan kuasa untuk penggal ketiga berturut-turut.
Stesen televisyen melaporkan, parti Liga Awami pimpinannya memenangi pilihan raya dengan mendapat 151 kerusi Parlimen yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.
Ia turut dibayangi keganasan apabila sekurang-kurangnya 16 orang maut dalam pertempuran ketika proses demokrasi berlangsung.
Seramai tujuh orang daripada parti pemerintah Liga Awami dan lima orang aktivis BNP maut.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#calon
#keganasan
#kerajaan
#kerajaan berkecuali
#Parlimen
#pembangkang
#Perdana Menteri
#pilihan raya baharu
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan