SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa Lubnan mewujudkan kerajaan inklusif bagi menangani krisis ekonomi negara itu.

Guterres membuat cadangan tersebut pada Selasa selepas negara itu selesai mengadakan pilihan raya pada hujung minggu lalu.

Beliau mengharapkan pembentukan pantas kerajaan yang inklusif bagi memuktamadkan perjanjian dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

Malah, ia juga perlu demi memacu pelaksanaan reformasi yang diperlukan untuk meletakkan Lubnan di laluan pemulihan secepat mungkin.

Beliau menggesa parlimen negara berkenaan mengangkat semua undang-undang yang diperlukan bagi menstabilkan ekonomi dan memperbaiki hala tuju pentadbirannya.

Gutteres turut memberi penekanan kepada ketua politik Lubnan untuk bekerjasama bagi kepentingan terbaik negara itu serta rakyatnya.

Berdasarkan keputusan bukan penuh yang dikeluarkan, gerakan bersenjata pro-Iran, Hezbollah, berdepan halangan menentang pembangkang dan calon bebas.

Peratusan keluar mengundi di kawasan didominasi mereka berfahaman sunni adalah rendah di mana ia ditadbir sistem politik berdasarkan perkongsian kuasa mengikut kaum.