Palang Pracharath, parti pro junta, meraih 8.4 juta undi dalam Pilihan Raya Umum Thailand pada Ahad lepas, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand hari ini.
Keputusan tidak rasmi yang telah lengkap itu diumumkan hari ini dan menunjukkan Palang Pracharath yang menyokong Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-o-cha, meraih 8,433,137 undi daripada 350 kawasan pilihan raya di negara ini.
Pheu Thai, parti yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra mengekori rapat dengan 7,920,630 undi manakala Future Forward (6,265,950 undi), Democrat (3,947,726 undi) dan Bhumjaithai (3,732,883 undi).
Data itu yang diumumkan hari ini adalah keputusan lengkap pertama pilihan raya pada Ahad lepas. Keputusan yang dikeluarkan sebelum ini adalah berdasarkan 95 peratus undi yang telah dikira.
Dalam sidang akhbar di saat akhir yang diadakan di ibu pejabat SPR di sini, Timbalan Setiausaha Agung Krit Auawong berkata sejumlah 35, 532, 647 atau 74.69 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada Ahad, jumlah yang lebih tinggi berbanding laporan awal sebanyak 65 peratus.
Beliau berkata terdapat lebih 2.1 juta atau lima peratus undi rosak manakala 605,392 mengundi 'tidak' dalam pilihan raya pertama yang diadakan selepas rampasan kuasa tentera pada 2014.
Isnin lepas, SPR memaparkan keputusan tidak rasmi 350 kerusi pilihan raya dalam laman sesawangnya. Bagaimanapun, baki 150 perwakilan senarai parti di Dewan Rakyat masih belum jelas.
Daripada 350 kerusi pilihan raya, Pheu Thai memenangi 137 kerusi, Palang Pracharath (97), Bhumjaithai Party (39), Democrat (33) dan Future Forward Party (30).
Parti yang baru ditubuhkan, Prachachat Party dan Chartthaipattana Party, masing-masing menang enam kerusi manakala Action Coalition for Thailand Party dan Chart Pattana Party pula masing-masing satu kerusi.
Bagaimanapun, keputusan penuh rasmi 500 kerusi pilihan raya itu hanya akan diumumkan sebelum 9 Mei.
Sementara itu, Krit berkata SPR menerima 186 aduan berkaitan pelanggaran Undang-undang Pilihan Raya dan suruhanjaya itu akan mengadakan siasatan lanjut.
Beliau menafikan berita tentang SPR mula mengeluarkan 'kad merah' kepada parti anti junta seperti Pheu Thai dan Future Forward Party.
Satu mesej tular di dalam media sosial bahawa SPR akan mengeluarkan lebih 40 'kad merah' kepada Pheu Thai dan parti gabungannya.
"Hantaran dalam media sosial ini adalah berita palsu. Tindakan akan diambil terhadap mereka," katanya.
Menurut Undang-undang Pilihan Raya, seseorang calon yang menerima 'kad merah' dalam pilihan raya akan dibatalkan sebagai calon dan dilarang mengundi selama 10 tahun. -- Bernama
Bernama
Thu Mar 28 2019
Seorang lelaki melihat profil calon-calon parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Thailand, di dalam sebuah pusat mengundi di Bangkok, Ahad lalu. - BERNAMA
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Pro-junta PPRP tawar jemputan rasmi, parti Thai belum buat keputusan
Demokrat yang memenangi 52 kerusi dan Bhumjaithai (51) daripada 500 kerusi di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum ke-24 Mac lepas telah membuatkan kerajaan Thai yang baharu itu, masih menanti.
Pilihan raya Thailand: Parti pro junta Palang Pracharath raih 8.4 juta undi - SPR
Keputusan tidak rasmi yang telah lengkap itu diumumkan hari ini.
Abhisit Vejjajiva letak jawatan sebagai pemimpin Demokrat
Abhisit Vejjajiva meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Demokrat selepas partinya gagal mencapai sasaran 100 kerusi pada keputusan awal pilihan raya umum Thailand, pada Ahad.