awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan raya Tunisia dijangka diadakan pada Disember tahun ini

Bernama
Bernama
05/04/2022
04:50 MYT
Pilihan raya Tunisia dijangka diadakan pada Disember tahun ini
Minggu lalu, Saied (gambar) membubarkan Parlimen, bagaimanapun ia mendapat bantahan Parti Islam Tunisia Ennahdha. - Gambar fail REUTERS
TUNIS: Presiden Tunisia Kais Saied meminta pihak berkuasa pilihan raya bersedia untuk mengadakan pilihan raya yang dijadual pada 17 Disember.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Dalam satu mesyuarat dengan Naib Presiden suruhanjaya pilihan raya, Farouk Bouasker, Saied berkata "adalah penting untuk mengekalkan kebebasan badan itu."
Bouasker turut menekankan mengenai kepentingan pilihan raya untuk kestabilan dan masa depan politik negara di samping peranan kritikal suruhanjaya itu dalam memastikan kejayaan pilihan raya, lapor Xinhua.
Minggu lalu, Saied membubarkan Parlimen, bagaimanapun ia mendapat bantahan Parti Islam Tunisia Ennahdha (Renaissance).
Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, Ennahdha menyifatkan keputusan presiden itu "melanggar peruntukan perlembagaan."
Pada Disember tahun lepas, Saied mengumumkan referendum perlembagaan akan diadakan pada Julai tahun ini, diikuti pilihan raya pada penghujung 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kais Saied
#Farouk Bouasker
#bubar parlimen
#pilihan raya Tunisia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan